Create your own banner at mybannermaker.com!
mulakan pertemuan dengan..

mereka temui islam dalam sains

DR YOSHIHIDE KOZAI-Profesor Emeritus Universiti Tokyo,Jepun yang juga Pengarah Pemerhatian Astronomi Kebangsaan,Mitaka,Tokyo pernah ditanya oleh Abdul Majid A.Zindani,Pengasaas Suruhanjaya Petunjuk-petunjuk Saintifik Dalam Al-Quran dan Sunnah,dan dibentangkan ayat-ayat al-Quran mengenai penciptaan alam semesta ini.Selepas menelitiu ayat-ayat tersebut,Dr. Yoshihide berkata.... "Saya berasa begitu takjub dengan penemuan-penemuan sahih mengenai astronomi di dalam al-Quran,kerana kami ahli-ahli astronomi moden hanya baru belajar sekelumit sahaja tentang alam semesta ini.Kami telah menumpukan usaha-usaha kami untuk memahami bahagian kecil sahaja tentang alam ini,kerana dengan menggunakan teleskop,kami hanya dapat melihat beberapa bahagian langit sahajatanpa memikirkan alam semestaini secara keseluruhan.Jadi,dengan membaca al-Quran dan sebagai men jawab pertanyaan tadi,saya rasa saya telah menjumpai kaedah yang akan saya lakukan nanti untuk menyelidik alam semesta ini." Dr.Yoshihide Kozai juga mengatakan,dengan menyelidiki al-Quran,para saintis akan dapat melihat alam semesta ini dengan lebih luas lagi.

-SOLAT & PENEMUAN SAINS-


Solat dan Penemuan Sains Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia. Mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Meditasi mampu meredakan stress dan menjadikan seseorang lebih tenang dan ceria. Tambahan pula, mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman.

Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan sebagai meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk, memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi yang biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah dalam solat adalah pilihan Allah SWT dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah SWT. Lebih daripada itu, mereka yang bersolat akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Solat dan Yoga,ada orang yang mengatakan solat ialah yoga. Sebenarnya solat bukanlah senaman ataupun yoga. Bagi orang Islam, solat lebih agung daripada sebarang senaman termasuk yoga. Solat ialah zikir yang paling mulia. Berhubung dengan yoga, yoga mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagai asanas. Ketika mengamalkan yoga, seseorang akan duduk pada kedudukan tertentu dengan melafazkan kalimat-kalimatmantra yang tertentu di samping bernafas secara teratur. Salah satu kedudukan yoga atau asanas yang terpenting ialah Sirshasana (headstand). Ia dikenali juga sebagai King of Yoga.

Di kedudukan ini, seorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya ke bumi dan diperingkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Sayangnya kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Jika dilihat secara menyeluruh, memang terdapat beberapa unsur yoga di dalam solat. Solat merupakan ibadah yang merangkumi "jasad, roh dan akal". Ia mempunyai kedudukan serta gerak hati yang sentiasa ikhlas kepada Allah dan ini dikaitkan dengan rukun qalbi. Ia juga mempunyai kalimat-kalimat tertentu yang perlu dilafazkan dan ini dikaitkan dengan rukun qauli serta zikir.

Salah satu kedudukan yang terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan ini, darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza denagn sirshasana, sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Namun solat ialah lebih daripada yoga kerana ia ialah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin kerana ia terikat dengan waktu. Seseorang yang hendak bersolat mestilah menyucikan jiwanya terlebih dahulu. Tekanan jiwa atau stress sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir dan zikir jika diamalkan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati.

MANGKUK YG CANTIK, MADU & SEHELAI RAMBUT


Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

musk deer..kasturi..

semerbak kasturi..mna asalnya??


Assalamualaikum..

hal antum bikhoir?..
alhamdulillah..dapat juga kesempatan oleh Allah untuk ana mencoretkan dalam blog BUDI nih..
maklumlah..sekarang,adik2 integomb kite sebok..terutama yang akan menduduki imtihan SPM...

innahardah..ana nak berkongsi sedikit ilmu yang ana peroleh daripada pembacaan semasa cuti sem nih..

kasturi..

rasenye semua oang pernah mendengar dan menyebutnya..
hmm..pernahkah antum tertanya2,apakah asal usul kasturi?

ye..Kasturi asli berasal daripada kelenjar sejenis rusa yang hidup di kawasan terpencil. Ia sejenis bau-bauan. Wangian kasturi ni baik dicium kerana boleh menguat dan menyedapkan hati dan akal.Sifat kasturi nih sebenarnya panas.

hmm..apa pula khasiat kasturi dari sudut perubatan?

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan dan ahli perubatan Islam antaranya Imam Ibn Qayyim Al- Jauzi, mendapati kasturi mempunyai banyak khasiat. Paling ketara ia memberi kekuatan pada rohani.manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman.

hmmm..banyak lagi khasiat kasturi..insyaAllah jika berkesempatan lagi ana akan sambung post ini lagi..

mesti antum sume akan rase dan pk..hmm...susah nak dapatkannye..

haa..itu kasturi asli...dan jika tak dapat kasturi pun,haruman lain juga mempunyai khasiat yang tak kurang seperti kasturi..

mencium bau kasturi dan bau2an yang lain menenangkan roh. Janganlah antum menzalimi roh dengan membiarkannya menghidu sesuatu yang busuk...berikanlah sakeenah kepada roh antum agar fikiran juga akan menjadi tenang,menceriakan jiwa, dan seterusnya mendorong kepada sifat2 mahmudah..wallahua'lam..

si kaya dan si cacat

Tamsilan: Hamba Dan Penciptanya
www.iluvislam.com


Manusia dewasa ini semakin 'kabur' matanya dalam mengenal Penciptanya. Manusia kian alpa dalam sogokan kemewahan serta hiburan di dunia ini. Oleh itu, terpanggil rasanya diri yang hina ini untuk bertindak sebagai 'kaca mata' kepada pencipta Islam sekalian agar kita dapat melihat dengan lebih jelas tentang keindahan Deen'ul Jannah kembali.Kanta bagi kaca mata ini adalah berbentuk sebuah tamsilan.

Tamsilan dimulakan dengan kisah seorang lelaki yang cacat sejak dari lahirnya. Dia tiada tangan dan kaki. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Lantaran kemiskinan hidup, dia menjadi pengemis di lorong kaki lima. Dengan hasil sedekahnya itu, dia makan dan minum sekadar cuma. Sehinggalah pada suatu petang yang mendamaikan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh Si Cacat yang kelesuan. Gelas sedekahnya setia di depannya.


Tiba-tiba sebuah kereta BMW mewah berhenti di hadapan Si Cacat. Turun seorang lelaki yang segak dari tempat duduk belakang kemudian mara menghampirinya. "Mari ikut aku," ujar Si Kaya. "Pergi ke mana?" tanya Si Cacat. "Menemui kebahagianmu," jawab Si Kaya lantas membawa Si Cacat ke sebuah banglo yang sangat mewah persis sebuah istana. Si Kaya memanggil semua doktor-doktor pakar untuk membantu Si Cacat agar dapat hidup seperti manusia normal.

Dengan teknologi yang semakin canggih, Si Cacat mendapat sepasang tangan dan sepasang kaki elektronik yang dapat berfungsi seperti anggota yang asli. Tidak cukup dengan itu, Si Kaya memberi kepercayaan kepada Si Cacat untuk memegang salah sebuah syarikatnya. Semenjak itu Si Cacat telah bertukar menjadi Si Bertuah. Dia mengurus syarikat yang diberikan kepadanya dengan bersungguh-sungguh. Hasil ketekunan dalam pekerjaannya, Si Kaya telah setuju untuk mengahwinkan Si Bertuah dengan puterinya yang sangat cantik rupa parasnya dan sangat baik budi pekertinya.

Si Bertuah berasa sangat berterima kasih kepada pemberian Si Kaya. Sebagai membalas jasa Si Kaya, Si Bertuah selalu menceritakan kebaikan Si Kaya kepada kawan-kawannya agar ramai yang ingin mendekati Si Kaya. Si Kaya mendapat tahu bahawa dirinya selalu menjadi pujian orang ramai atas cerita yang disampaikan oleh Si Bertuah. Lantas dia memberikan lebih banyak hadiah kepada Si Bertuah. Selain itu, Si Bertuah tidak pernah lupa menghubungi Si Kaya. Kepada Si Kayalah dia meminta bantuan dan kepada Si Kayalah dia mengadu masalah. Sehinggakan jika ditelefon, Si Bertuah cepat-cepat saja menjawab panggilan Si Kaya kerana sayangnya yang teramat kepada Si Kaya.

MAKSUD TAMSILAN KISAH SI CACAT

Si Cacat dalam cerita di atas merujuk kepada kita sebagai umat manusia. Asalnya kita semua tidak memiliki keupayaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi, pemurahnya ALLAH SWT telah memberikan kita nikmat agar kita mudah mengerjakan perbuatan. Tangan dan kaki elektronik inilah yang merujuk kepada nikmat pemberian ALLAH SWT. Lantas ALLAH SWT menyuruh kita melaksanakan perintah-NYA dan memberi kita amanah untuk beramal ibadat kepada kita, itulah tamsilan bagi pekerjaan Si Bertuah.

Syarikat di atas pula merujuk kepada pahala kita. Semakin tekun kita beribadat maka semakin banyaklah keuntungan pahala kita. Oleh kerana ketekunan kita, ALLAH SWT menambahkan kebahagian kepada kita agar kita gembira. Sudah semestinya kita akan menceritakan kebaikan dari Maha Pemberi nikmat terhadap orang ramai; yakni kita berdakwah agar lebih ramai yang menyanyangi dan mengikuti agama ALLAH SWT. Tatkala mengetahui kita selalu memuji-muji diri-NYA, makin banyaklah nikmat-nikmat kebaikan yang kita perolehi.

Lantas, kita pun pasti akan cepat-cepat menjawab panggilan ALLAH SWT yakni kita yang senantiasa dibantu ALLAH sudah tentu akan tidak berlambat-lambat mengerjakan ibadat solat selepas seruan azan dilaungkan. Apa yang dapat kita simpulkan di sini, kita sebagai hamba ALLAH yang hina-dina ini sepatutnya sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan ALLAH SWT. Jangan pernah berlaku sombong kepada-NYA dan sentiasalah berdakwah yakni menyeru umat manusia mentaati ALLAH dan menjauhi larangan-NYA.

Sahutlah panggilan ALLAH yang menyuruh kita mengerjakan solat dan dirikanlah ia di awal waktu agar limpah kurnia serta taufiq dan hidayahnya terus-menerus dilimpahkan kepada kita. Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Ma'idah dari ayat 9-11 yang mafhumnya:

'Dan ALLAH telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, untuk mereka itu keampunan dan pahala yang besar.Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat KAMI, mereka itu penghuni neraka.Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu, ketika satu kaum bercita-cita hendak menyerangmu (membunuhmu), lalu ALLAH menahan tangan mereka daripadamu dan takutlah kepada ALLAH. Dan kepada ALLAH hendaklah bertawakal orang-orang yang beriman.'
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 BUDI INTEGOMB |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.