Create your own banner at mybannermaker.com!
mulakan pertemuan dengan..

Thursday, July 9, 2009

MELAKUKAN KEROSAKAN KEPADA DIRI SENDIRI KETIKA MENDAPATKAN MUSIBAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah..ana diberi kesempatan untuk mencoretkan sedikit renungan dan pedoman pada hari yang penuh barakah ini..penghulu seluruh alam..

hmm..pada coretan kali ini..ana nak kita sama-sama muhasabah diri..renungi peribadi..ana nak tanya pada antum semua..pernahkah antum ditimpa musibah?tentu sekali pernah kan?hmm..sejauh mana antum semua bersabar dengan musibah yang melanda?

Hakikatnya..setiap manusia tidak lari dari diuji oleh Allah..yang kecil..yang besar..yang kaya..yang miskin..yang cantik..yang buruk..yang pandai..yang jahil...Islam..kafir..semuanya setiap seorang pernah diuji dengan ujian yang pelbagai..bila disebut ujian..tidak semestinya hanya yang buruk2 sahaja..hatta yang kaya diuji dengan kekayaannya..bagaimana dia hendak menguruskan harta2nya itu..yang cantik..bagaimana dia hendak menjaga diri dati terjebak dengan fitnah dunia...semuanya memerlukan kesabaran dan keimanan serta pergantungan kepada yang maha esa untuk menghadapinya..

Kadangkala..manusia ini hanya sedar akan nikmat yang mereka peroleh secara nyata..jarang sekali mereka yang sedar akan nikmat yang didatangkan dalam bentuk musibah..hal ini kerana ketandusan iman dan jarang bagi kita menggunakan akal fikiran untuk berfikir tentang perkara2 ini..

SABAR..senang sekali untuk ana mengucapkan kalimah tersebut..tapi..mesti ada di antara antum yang berkata..¨
ingat senang ke??cubela die sendiri yang kene¨ atau ¨ko bleh la..ko kuat iman..aku??¨..itulah antara perkataan yang sering ana dengar dalam kalangan sahabat dan sekelilingnya..tidak dinafikan bukan mudah untuk menghadirkan sifat sabar dalam diri individu..bak kata orang..perkara yang buruk2 senang nak buat..tapi perkara2 yang baik ni susah sangat nak dipraktikkan..itu ana akui..tapi..sebagai muslim dan mukmin yang ingin menggapai redha dan maghfirahnya..seharusnya kita berusaha untuk hadapi semua itu..hal ini kerana dugaan tersebut bukan untuk menyusahkan diri kita..tapi sebenarnya,Allah nak angkat darjat kita..Allah sayang kat kita..Allah nak kita sentiasa bergantung padaNya..mintak tolong denganNya..agar kita lebih dekat dengan tuhan kita...kalau kita renungkan betul2..amat besar nikmat yang didatangkan oleh Allah melalui musibah berbanding nikmat yang terus..betul tak?kerana dalam 1 kepayahan ada seribu kebahagiaan..

Oleh itu..sebagai umat Islam..pabila didatangkan musibah kepada kita..hendaklah kita redha dan bersabar menghadapinya..kerana Allah takkan menimpakan sesuatu musibah keada seseorang itu melainkan sesuai dengan kudrat dan kesanggupannya...janganlah kita menjadi seperti kaum Jahiliyyah yang memunahkan diri sendiri tatkala ditimpa musibah seperti kematian..kegagalan..tekanan..sebagai mana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud..

Dari Abdullah bin Masúd r.a., ia berkata:
¨Nabi Muhammad saw bersabda:¨Bukan termasuk golongan kita (kaum muslimin orang yang menampar pipinya sendiri,merobek-robek pakaiannya, serta berseru bagaimana seruan yang dilakukan dalam masa Jahiliyah.¨

(hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan Ibnu Majjah)



berdoalah kepada Allah..kerana Allah maha mendengar lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita..mungkin jika kita tidak ditimpakan dengan musibah..kita kurang memngingati Allah..renungkanlah..moga dapat memberi manfaat khusus buat diri ana sendiri..wallahuaĺam..

0 ulasan:

Post a Comment