Thursday, July 14, 2011

Bicara tentang muhasabah….



Assalamualaikum w.b.t…blog hari ini ingin berkongsi mengenai satu perkara yang penting terutamanya bagi kita sebagai umat islam…perkara ini amat penting supaya kita menyedari akan kesilapan kita dalam kehidupan seharian kita…bacalah dengan hati yang terbuka dan minda yang terbuka..

Apakah yang dimaksudkan dengan MUHASABAH????
·        Dari segi bahasa iaitu masdar daripada hasaba yuhasibu
·        Ia juga berasal daripada hasaba yang bermaksud aku menghisab sesuatu,aku menghisapnya dengan mengiranya,hisab dan muhasabah iaitu kiraan anda tentang sesuatu…

Ini bermakna muhasabah dalam erti kata yang lain kita mengenang semula segala perlakuan dan amalan kita pada hari ini dan menyesal akan kesalahan yang kita lakukan serta berazam untuk tidak melakukannya lagi…muhasabah juga kita boleh fahami iaitu mengira (menghisab) keburukan,menghisab aib (kesalahan) dan seumpamanya…
________________________________________________________________________

Kata Al-Mawardi….
Seseorang itu hendaklah memeriksa dirinya pada malam hari akan apa yang telah dikerjakannya.Jika dia mendapati kebaikan…teruskan dan iringi kebaikan atau yang seumpamanya…jika dia mendapati keburukan,,makan perbaikilah seboleh-bolehnya,jika tidak mampu lakukan apa sahaja kebaikan agar kebaikan yang dilakukan dapat menandingi kejahatan yang kita lakukan sejurus menghalang kita daripada melakukan kejahatan.
________________________________________________________________________

Kata Ibnu AlQayyim….
Muhasabah itu terbahagi kepada dua bahagian….
·        Muhasabah sebelum amal
·        Muhasabah selepas amal

(Insya-allah dalam waktu ini blog ingin memfokuskan dahulu apakah yang dikatakan dengan tajuk kita di bawah dan di atas…)





Bagaimana pula yang dikatakan dengan "Muhasabah diri sebelum Amal…?"
·        Maksudnya..kita menjaga diri kita daripada menginginkan sesuatu kerana seperti yang kita ketahui jiwa kita ini sering mengkehendaki sesuatu dan perkara ini merupakan salah satu fitrah manusia…Namuns,apakah keinginan kita terhadap sesuatu itu baik dan berfaedah unutk diri kita???jika ya,teruskan lah dan bertepatan dengan syara' manakala sekiranya tidak,tinggalkan lah ia…


Kata al-Hasan.."Semoga Allah merahmati seorang hamba yang meneliti keinginannya jika hal itu kerana Allah dia teruskan manakala bukan kerana Allah dia ketepikan dan tidak dia lakukan….".

Hal ini amat penting kerana dengan adanya muhasabah sebelum beramal,kita dapat memastikan amalan kita menjadi ikhlas semata kerana Allah..tanpa adanya muhasabah seperti ini amal perbuatan boleh jadi tidak ikhlas sehingga mencelakakan manusia sedangkan dia beramal…Firman Allah Taa'la…

"Mereka menjalani kerja yang berat lagi berpenat lelah,Mereka tetap menderita bakaran neraka yaang amat panas(membakar)…"
 
                                                                                                       Surah Al-Ghasiyah(88):3-4)
________________________________________________________________________

Jadi,,apakah faedahnya amalan bukan kerana Allah meskipun amalan tersebut zahirnya adalah amalan soleh??????

·        Sekiranya perkara ini berlaku,hendaklah kita membetulkan kembali jiwa kita bila tergerak hendak melakukan amalan….tanyalah diri kita akan soalan-soalan dibawah…

·        Apakah amalan ini mampu dilaksanakannnya atau tidak?
=bila kita tidak mampu melaksanakan sesuatu amalan,maka tinggalkannya supaya tidak membazirkan masa,tetapi jika dia mampu melaksanakannya dia berhenti sejenak lalu berfikir dan memandang sejenak apakah melakukannya itu lebih baik daripada melakukannya atau meninggalkannya lebih baik daripada melakukannya…???

=bila kita mendapati melakukannya lebih baik daripada meninggalkannya maka kita kerjakanlah ia tetapi bila kita mendapati meninggalkannya lebih baik daripada mengerjakannya,maka tinggalkan lah ia…


=jika apa yang kita kerjakan terdapat suatu kemaslahatan,tanyalah diri kita..

1.   Apakah yang menyebabkan kita melakukan amalan tersebut?
2.   Apakah yang membangkitkan amalan tersebut sehingga ia diniatkan kerana Allah?
3.   Adakah disebabkan unsur-unsur lain seperti pangkat,jawatan,pujian dan lain-lain?

________________________________________________________________________

Kesimpulannya…..
Maka di sini dapat kita simpulkan bahawa muhasabah ini amatlah penting dalam hidup kita keran ia akan mempengaruhi segala-segalanya dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi hubungan kita dengan Allah….

Dengan bermuhasabah kita dapat mengelakkan diri daripada beberapa perkara dan kita juga menerima impak positif…antaranya ialah..pemeliharaan jiwa daripada syirik yang tersembuyi
dan menyebabkan kita menjaganya daripada syirik besar lantas mengelakkan diri daripada syirik yang tersembunyi…harus ada perasan khuatir dan bimbang akan segala amalan-amalan kita kerana takut wujudnya syirik tersembunyi…

4 tingkatan yang diperlukan oleh seorang hamba dalam memuhasabahkan dirinya…..
1.   Apakah amal tersebut mampu dikerjakannya?
2.   Apakah amal tersebut dikerjakannya lebih baik daripada meninggalkannya?
3.   Apakah amal tersebut dilakukannya kerana Allah?
4.   Apakah bentuk pertolongan untuknya ke atas perbuatan tersebut?

Mudah-mudahan,bahan bacaan daripada blog ini membantu para pembaca sedikit demi sedikit mendekati Allah.Sekian,assalamualaikum.

________________________________________________________________________

Screen clipping taken: 6/26/2011, 4:41 PM




                  






"Sesungguhnya pertolongan itu hanya daripada Allah Yang Maha Esa
,mintalah pertolongan daripadanya…
sesungguhnya
padamu kami menyembah dan
padamu kami memohon pertolongan…"

0 ulasan:

Create your own banner at mybannermaker.com!
mulakan pertemuan dengan..