Friday, December 9, 2011

hijrah



bila kita bicara makna hijrah, maka ramai dari kita sudah makruf akan perkara ini. setiap tahun dicanang mengenai perkara ini. namun sejauh mana kita mengambil ibrah daripada peristiwa hijrah ini? sungguh betapa kalau kita mendalami sebenar-benarnya makna hijrah ini, sudah pasti kita pada hari ini tidak akan sama dengan semalam. dan hari esok insya ALLAH lebih baik dari hari ini..

hijrah secara definisi bermaksud berpindah ke suatu tempat ke tempat yang lain, atau dari sesuatu yg buruk kepada sesuatu yang lebih baik. Daripada peristiwa hijrah ini bolehlah kiranya disimpulkan melalui 5 T.

1) tadhiyah (pengorbanan)
betapa hijrah ini menuntut setiap dari kita melakukan pengorbanan. bukanlah seseorang itu dikira sudah berhijrah andai tidak melakukan pengorbanan. jika kita telusuri sirah para nabi2 zaman dahulu, betapa mereka semua berkorban segala macam termasuk harta, keluarga untuk menegakkan syiar ALLAH. sungguh betapa nabi s.a.w dan para sahabat sanggup meninggalkan kekayaan duniawi semata2 menyahut seruan ALLAH untuk berhijrah. kita hari ini bagaimana? apakah kita mampu berbuat perkara yang serupa?

2) takyir ( perubahan)
setiap dari kita perlu melakukan perubahan untuk menjadi yang lebih baik.. seandainya perubahan kita itu ke arah yang lebih positif alhamdulillah, dan seandainya kepada yg lebih buruk, maka ada perkara yg kita perlu semak semula.. sedangkan umar al- khattab yang dahulunya orang yang paling kuat menentang islam pun akhirnya berubah kepada pendokong agama ALLAH, inikan kita pula yg sudah memang dilahirkan dalam agama ALLAH. xkan kita tidak mahu berubah. berubahlah, kerna perubahan itu indah..

3) tawakal
apabila kita melakukan suatu hijrah, maka selayaknya kita sebagai hamba yg lemah ini bertawakal kepada ALLAH. supaya DIA membantu kita dalam istiqamah kepada melakukan perubahan. peristiwa hijrah menjadi saksi betapa nabi muhammad s.a.w bertawakal kepada ALLAH atas semua perkara yang dilakukan. sebagai contoh ketika mana rasulullah dalam perjalanan berhijrah ke madinah, ketika baginda dikejar oleh puak musyrikin makkah, betapa rasulullah pada ketika itu bertawakal kepada ALLAH untuk mempermudahkan urusan baginda berhijrah..

firman ALLAH dalam surah al-talaq ayat 2

"... barang siapa bertakwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan membukakan jalan keluar baginya"



4) tarbiyyah
tidak dapat tidak, hidup di atas muka bumi sebagai khalifah ini, setiap dari kita memerlukan tarbiyyah. untuk tidak futur dalam perjuangan agama ALLAH ini. perubahan andai tidak disertau dengan tarbiyyah maka tidak ada gunanya.. sebab itu kadangkala kita melihat orang berubah hanya sementara.. tidak kekal lama.. kerna apa, kerna tidak ada tarbiyyah dari orang2 alim.. tarbiyyah itu memang pahit, namun hasilnya sangat manis. ibarat makan ubat, sukar ditelan, tapi menyihatkan badan.

4) taat
ketaatan kepada ALLAH merupakan syarat utama kepada hijrah. kita kadangkala ingin berubah kepada yang lebih baik, tetapi hubungan dengan ALLAH tidak diperlihara.. solat tidak dijaga. bagaimana mungkin ALLAH ingin mencampakan hidayah kepada kita untuk berubah kepada yang lebih baik andai suruhanNYA pun kita abaikan?

sungguh betapa banyak lagi pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa ini. mulai dari saat dan ketika ini, berubahlah, kerna perubahan itu sesuatu yang indah~


0 ulasan:

Create your own banner at mybannermaker.com!
mulakan pertemuan dengan..